SELAMAT DATANG KE UNIT SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT ....PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA...SELAMAT DATANG KE UNIT SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH TIMUR LAUT ....PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA...

Tuesday, 5 April 2011

KANDUNGAN AKADEMIK PENDIDIKAN MORAL

7 Bidang Pendidikan Moral & Projek Pendidikan Moral


1. Perkembangan Diri – Modal insan
2. Kekeluargaan - Rumahku Syurgaku
3. Alam Sekitar - Pencemaran (Air, Udara, Darat dan Bunyi)
4. Patriotisme - Rukun Negara
5. Hak Asasi Manusia - Kanak-kanak, Wanita, OKU dan Pengguna
6. Demokrasi - Undang-undang dan Sistem Kehakiman, Kebebasan
     Bersuara dan Kebebasan Beragama
7. Keamanan & Keharmonian - Pepaduan, Wawasan 2020 dan
    Peperangan
8. Projek Pendidikan Moral

KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras atau wajib untuk semua murid yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam semua peringkat persekolahan iaitu dari pra-sekolah sehingga ke Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996).

•Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi lima Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.

•Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi tujuh Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.

•Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid.

Sunday, 20 March 2011

Subjek Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah 2014

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia SPM, kini mata pelajaran itu akan mula diperkenalkan bermula dari sekolah rendah lagi.

Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.
Sehubungan dengan itu, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Beberapa elemen tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

Pelaksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen akan diperkenalkan, dengan hasrat murid-murid akan lebih cenderung mengikuti subjek tersebut sebagai satu mata pelajaran yang menarik.

Selain daripada itu Kementerian Pelajaran juga berhasrat agar dapat menjadikan mata pelajaran tersebut mudah difahami dan dihayati oleh murid-murid sekolah rendah yang akhirnya berupaya melahirkan generasi berjiwa patriotik.

DASAR SATU MURID SATU SUKAN

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,
bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Tuesday, 22 February 2011

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PANDUAN PERLAKSANAAN & PENILAIAN KERJA KURSUS 2011
Sila layari Laman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia : http://apps2.moe.gov.my/

Peperiksaan : PMR
Kod : 21 /2
Matapelajaran : Sejarah
Kertas : 2 [Februari - Julai 2011]
___________________________________________________________
Peperiksaan : PMR
Kod : 231 /2
Matapelajaran : Geografi
Kertas : 2 [Februari - Julai 2011]
___________________________________________________________
Peperiksaan : SPM
Kod : 2611/ 3
Matapelajaran : PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kertas : 3 [Februari - Julai]
___________________________________________________________